Ahmad Said Lancar Blog Ziq Bakery serentak Bersama 4 Blog lain.

KUALA TERENGGANU : YAB Menteri Besar Terengganu telah mencipta sejarah tersendiri dunia IT Terengganu apabila merasmikan facebook dan empat blog rangkaian Usahanita Terengganu malam ini.

Pelancaran dilakukan Dato' Ahmad Said pada jam 8.40 malam dalam satu Majlis Makan Malam Amal “ Kasih Sayang Tiada Batasan Perjuangan Tiada Sempadan”. Majlis Makan mala diadakan sempena mesyuarat Agung Pertama Penubuhan Usahanita Terengganu.


Sebaik sahaja Dato’ Ahmad Said menekan butang pelancaran, keempat-empat rangkaian blog ini akan memaparkan berita secara serentak dalam waktu yang sama. Maklumat pelancaran yang diterbitkan dalam “posting” blog ini disambuingkan “link posting” secara otomatik ke Facebook Usahanita Terengganu.

Usahanita Terengganu yang barus setahun ditubuhkan kini bergiat cergas dalam menjalankan aktiviti mereka dan menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi makluman yang ada hari ini.

Segala maklumat dan promosi acara dilakukan serentak melalui empat rangkaian blog usahanita Terengganu iaitu ushanita.blogspot. ziqbakery.blogspot, ceriakabin.blogspot, usahanitahaliza.blogspot dan tidakn ketinggalan Facebook Usahanita Terengganu.

Makan malam amal yang juga turut dihadiri Presiden Usahanita Malaysia, Puan Hajjah Faridah Jabbar. Majlis ini juga diserikan dengan artis undangan Nassier Wahab.

Mesyuarat Agung Usahanita Terengganu akan berlangsung pada 8.5.2010 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohamed bin Awang Tera di Dewan Konvensyen YPU Kuala Terengganu.

    POWERED BY

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://belogchenuraimi.blogspot.com/2010/07/suare-ramli-sarip.html

:) tahniah ziq ! sy sentiase jd pelanggan setia :)