Assalamualaikum, Salam Halalan Toyyiban Daripada Kami ZIQ Bakery And Cake.



Assalamualaikum, kami komited menyediakan hidangan ala-barat “Halalan Toyyiban” untuk anda sebagaimana yang dituntut. Kenapa masih ada yang ambil mudah?

Menyedari potensi dan permintaan hidangan ala-barat yang menggalakan di Terengganu, kami di ZIQ Bakery and Cake menyahut seruan Jihad Bines untuk menggalas amanah dalam menyediakan produk “Halalan Toyyiban” kerana ia merupakan tanggungjawab kita bersama.


Bermula dengan cara kecil-kecilan, kami berusaha seterdaya munkin untuk mempelopori perniagaan ini yang dimonopoli sepenuhnya bukan islam sebagai satu industri pemakanan ala-barat dengan juadah "Hahalan Toyyiban" yang bersih suci dan diyakini.

Ya, apa gunanya mengambil sesuatu pemakanan bergred tinggi, yang kaya dengan pelbagai omega dan vitamin sedangkan tidak halal (tidak Halalan) dan tidak baik (tidak Toyyiban) untuk kita? Jangan ambil mudah soal “Halalan Toyyiban” dalam amalan pemakanan seharian, kelak diri sendiri yang akan menanggung susah.

Kenapa ZIQ Bakery BERSIH?
Kami mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi dalam setiap proses penyediaan merangkumi dapur, peralatan, pakaian mahu pun individu. Kami faham, makanan yang haram boleh memudaratkan tubuh badan umat Islam dari segi rohani dan jasmani.

Kami menggunakan peralatan “Stainless Steel” dan mengamalkan “Amalan Pengilangan Yang Baik”(GMP) sebagaimana yang telah ditetapkan dan dikehendaki pihak berwajib.

Kenapa ZIQ Bakery SUCI?
Memandangkan selera rasa ala-barat semakin mendapat tempat dan kebanyakan premis yang mempelopori bidang ini dimonopoli bukan Islam, kami di ZIQ Bakery and Cake mengorak langkah dan mengatur strategi melakukan Jihad Bisnes untuk memenuhi keperluan umat Islam.

Sebagai pengusaha bumiputra dan beragama Islam, kami amat memahami dan peka terhadap tuntutan dan bertanggung jawab dalam soal bahan mentah serta taatasusila dalam proses penyediaan mengikut tuntutan dan tertib “Halalan Toyyiban”. Ini adalah kerana memberi makanan Halalan Toyyiban memberikan hikmat kebaikan bukan sahaja kepada rohani malahan jasmani ummah.

Kami sedar dan kerana itulah sudah menjadi kewajiban kami untuk mengusuli sumber “Halalan Toyyiban” produk asas yang kami gunakan supaya ia tidak memudaratkan umat islam.

Untuk memastikan produk kami benar-benar “Halalan Toyyiban” dari awal hingga siap, kami memilih kakitangan terlatih yang mengucap dua kalimah Syahadat dan tahu soal tuntutan dan tanggungjawab.


Kenapa YAKIN dengan ZIQ Bakery?
Untuk mengelakkan rasa was-was dan memastikan umat Islam mendapat bekalan makanan-ala barat yang “Halalan Toyyiban”, kami telah mengaplikasikan “Konsep Dapur Terbuka” yang membolehkan pelanggan melihat sendiri proses penyediaan tempahan mereka tanpa ragu.

Kami mahukan pelanggan benar-benar yakin tahap halal dan baik produk kami demi menjamin kesejahteraan rohani, jasmani, akal dan emosi mereka.

PERANAN ANDA?
Sudah menjadi satu kefarduan untuk kita memilih dan meneliti pemakanan "Halalan Toyyiban" untuk menjamin kesihatan dan perkembangan rohani, jasmani, akal dan emosi secara sejahtera dan dirahmati.

PRODUK KAMI:
1. Roti
2. Kek (Cream/Continental)
3. Pastri
4. Biskut
5. Hamper (Biskut)

Untuk tempahan sila hubungi Tel: 09-6301868 Fax: 09-6301860


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan: