PROGRAM LATIHAN 'INTRODUCTION TO GMP' (1 & 2 Feb 09)

Pada 1hb dan 2hb Februari lepas, pihak SIRIM telah datang melawat kilang dan cawangan kami untuk dibentangkan dalam kertas kerja Persijilan GMP. Kami telah melantik SIRIM sebagai perunding kami untuk mendapatkan GMP. Persijilan GMP mempunyai standard iaitu MS 1514:2001. Jadi, Ziq Bakery berusaha untuk mencapai target ke arah menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami. Taklimat siri pertama iaitu pengenalan kepada GMP telah diadakan pada 2 Feb pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang oleh pihak SIRIM iaitu En. Hasfaniezam bin Abu Hassan. Antara yang disentuh oleh En. Hasfaniezam dalam latihan ini ialah
  • definisi GMP
  • langkah-langkah untuk mendapatkan GMP
  • jenis-jenis prosedur yang perlu dititik beratkan seperti SOP untuk bahan mentah, proses yang berkaitan, customer complaint, kawalan serangga, pengurusan sisa buangan dan banyak lagi.
Dibawah adalah gambar-gambar yang dapat diambil semasa sesi taklimat dengan pihak SIRIM.

PROGRAM LATIHAN "PENGENALAN KEPADA GMP"


En. Niezam daripada SIRIM memberi lecture berkaitan dengan GMP


Sebahagian daripada team management Ziq Bakery and Cake. Begitu kusyuk mereka mendengar taktimat.


Latihan dalam kumpulan: Kerjasama antara pekerja


Pekerja Ziq Bakery cuba menyelesaikan soalan yang diberi oleh pihak SIRIM


Penat seharian dengar taklimat, peserta latihan disediakan makanan yang enak

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan: