Segala usaha dan penat lelah ZIQ Bakery And Cake yang begitu komited dalam menyediakan hidangan ala-barat “Halalan Toyyiban” di Terengganu sebagaimana yang dituntut akhirnya mendapat pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri Terengganu baru-baru ini.
Walau pun ada sesetengah pihak yang masih mengambil mudah soal “Halalan Toyyiban” ini, ZIQ Bakery and Cake mengorak langkah merebut peluang kerana menyedari potensi dan permintaan hidangan ala-barat yang menggalakan di Terengganu. Pengurusan ZIQ Bakery and Cake menjadikan potensi dan permintaan ini sebagai satu cabaran baru bagi menyahut seruan Jihad Bines dan berkesanggupan menggalas amanah dalam menyediakan produk “Halalan Toyyiban” kerana ia merupakan tanggungjawab kita bersama.
Walau pun bermula dengan cara kecil-kecilan, ZIQ Bakery and Cake terus berusaha menentang arus untuk menjadikan perniagaan ini yang dimonopoli sepenuhnya bukan islam sebagai satu industri pemakanan ala-barat yang mampu menyediakan juadah "Hahalan Toyyiban" yang bersih sucin dan diyakini.
Jaminan BERSIH Produk ZIQ Bakery Bakery and Cake.
ZIQ Bakery Bakery and Cake mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi dalam setiap proses penyediaan merangkumi dapur, peralatan, pakaian mahu pun individu. ZIQ Bakery Bakery and Cake amat memahami dan sensitif tentang bahaya makanan yang haram akan memudaratkan tubuh badan umat Islam dari segi rohani dan jasmani. Oleh kerana itu ZIQ Bakery Bakery and Cake menggunakan peralatan “Stainless Steel” dan mengamalkan “Amalan Pengilangan Yang Baik”(GMP) sebagaimana yang telah ditetapkan.
Jaminan SUCI Produk ZIQ Bakery Bakery and Cake.
Memandangkan selera rasa ala-barat semakin mendapat tempat dan kebanyakan premis yang mempelopori bidang ini dimonopoli bukan Islam, ZIQ Bakery and Cake mengorak langkah dan mengatur strategi melakukan Jihad Bisnes untuk memenuhi keperluan umat Islam. Sebagai pengusaha bumiputra dan beragama Islam, ZIQ Bakery Bakery and Cake lebih memahami tuntutan dan bertanggung jawab sepenuhnya soal bahan mentah dan proses penyediaan mengikut tuntutan dan tertib “Halalan Toyyiban” yang memberi kebaikan kepada rohani dan jasmani umat.
Adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab ZIQ Bakery Bakery and Cake mengusuli sumber “Halalan Toyyiban” produk asas yang digunakan supaya ia tidak memudaratkan umat islam. Untuk memastikan produk keluaran ZIQ Bakery and Cake benar-benar “Halalan Toyyiban” dari awal hingga siap, kami memilih kakitangan terlatih yang mengucap dua kalimah Syahadat dan tahu soal tuntutan dan tanggungjawab.
Anda Pasti YAKIN denganProduk keluaran ZIQ Bakery Bakery and Cake.
Untuk mengelakkan rasa was-was dan memastikan umat Islam mendapat bekalan makanan-ala barat yang “Halalan Toyyiban”, ZIQ Bakery Bakery and Cake telah mengaplikasikan “Konsep Dapur Terbuka” yang membolehkan pelanggan melihat sendiri proses penyediaan tempahan mereka tanpa ragu. ZIQ Bakery Bakery and Cake mahukan pelanggan benar-benar yakin tahap halal dan baik produk kami demi menjamin kesejahteraan rohani, jasmani, akal dan emosi mereka.
Anugerah Kilang Produk Halal Terbaik Bukan Sekadar Pengiktirafan Tetapi Satu Pertanggungjawaban Sosial.
Anugerah “Kilang Produk Halal Terbaik” yang diberikan kepada ZIQ Bakery And Cake sempena " Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432h Peringkat Negeri Terengganu" yang berlangsung di Taman Tamadun Islam pada 6hb. Disember 2010 baru-baru ini dianggap bukan sekadar pengiktirafan semata-mata.
Malahan ZIQ Bakery And Cake menganggap anugerah itu sebagai satu cabaran dan kesinambungan dalam meneruskan pertanggungjawaban social yang telah dilakukan sebelum ini. ZIQ Bakery And Cake menganggap ia adalah satu kefarduan untuk kita mengamalkan pemakanan "Halalan Toyyiban" bagi menjamin kesihatan dan perkembangan rohani, jasmani, akal dan emosi secara sejahtera dan dirahmati.
Berbekalkan modal yang sedia ada dan ilmu yang telah ditimba selama lebih dari 2 tahun, ZIQ Bakery & Cake yang telah dibuka pada 28 November 2005 telah berkembang dan mempunyai 4 cawangan di dalam dan di luar negeri Terengganu. Pada tahun 2010, Ziq sekali lagi mengorak langkah membuka ‘Training Centre’ yang menawarkan kursus-kursus bakeri untuk individu atau kumpulan yang ingin menimba ilmu berkaitan dengan bidang bakeri ini.
ZIQ BAKERY AND CAKE dimiliki oleh:
Puan Suzana Bte Mohamed Salleh @ Ab. Rahman
Ahli Usahanita Terengganu menjalankan operasinya di No. 485 Gong Kapas, Jalan Sultan Mohamad, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Jenis Perniagaan : Membuat, Mengedar dan Menjual Roti, Kek, Pastri dan Biskut.
Alamat Perniagaan
ZIQ BAKERY AND CAKE:
No. 485, Gong Kapas, Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel 09-630 1868 Fax 09-630 1860
ZIQ BAKERY AND CAKE Mydin Hyper Mall
30G, Mydin Hyper Mall Terengganu,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman. Tel / Fax 09-630 1867
ZIQ DELI CAFÉ
PT 3498 Tingkat Bawah,
Pusat Niaga Paya Keladi,
22000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman. Tel / Fax 09-630 9887
ZIQ BAKERY AND CAKE MYDIN MALL MELAKA:
10G, Mydin Hyper Mall Melaka,
Lot 15060, 15061 &
15062, Ayer Keroh, 75450 Melaka
ZIQ BAKERY AND CAKE GONG BADAK:
Lot 28902, Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Alamat Kilang
ZIQ BAKERY AND CAKE:
5C, Kilang-Kilang Bimbingan,
Jalan Permint Jaya,
21080 Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman.
Tel 09-617 1228
Sebarang Pertanyaan sila hubungi : Cik Haslinda (0169217868), pengurus operasi
Email Website: Blog: Facebook
Gong Baru Tawar RM12000 Untuk Juara Pertandingan Memancing Ikan Darat 2020
-
KRT Kampung Gong Baru sekali lagi menganjurkan pertandingan memancing ikat
darat di Parit Taliair Kampung Gong Baru pada 28.2.2020.
Untuk anda yang me...
4 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan