Untuk menyahut cabaran dan keperluan pembangunan negeri Terengganu, kami di Akademi ZIQ Bakery telah menyediakan modul 4P sebagai jawapan. Melauli modul ini pelatih di Akademi ZIQ Bakery didedahkan dengan sistem pengajaran yang komprehensif berdasarkan modul yang sedia ada dan dari pengalaman kami sendiri.
Pelatih akan mengalami satu kaedah Pembelajaran yang mudah dan tidak membosankan. Persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif yang kami sediakan akan membantu merancakkan perkembangan pembelajaran pelatih.
Practical Training atau latihan industri yang kami sediakan kepada pelatih amat memberangsangkan kerana pelatih didedahkan dalam suasana sebenar perniagaan dalam bidang bakeri.
Ini akan menjamin keberkesanan kaedah Pengajaran, Pembelajaran, Persekitaran dan latihan Praktikal (4P) di Akademi ZIQ Bakery.
dipetik daripada Kedai kek ZIQ Bakeri
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 ulasan:
Catat Ulasan