Cipta Personaliti, Serlahkan Kredibiliti dan nikmati Prosperiti Bersama Akademi ZIQ Bakery di Era Digital.
Ha ha bagaimana dengan Cheff era digital? Penekanan kami terhadap pentingnya fungsi media sosial di Akademi ZIQ Bakery adalah tepat sekali.
Kenapa? Secara ironinya, hubungkait bisnes dan komuniti tidak dapat dipisahkan. Justru, adalah wajar kami di Akademi ZIQ Bakery menekankan aplikasi media sosial sebagai sebahagian daripada modul pengajaran dan pembelajaran utama.
Media sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain lagi berperanan penting sebagai media untuk pelajar berkomunikasi antara satu sama lain, bertukar pendapat, bertanyakan soalan, meminta pandangan mahu pun berkongsi dokumentasi.
Ia media interaktif alternatif utama pelajar berinteraksi dengan fakulti, staff, ibupada dan juga komuniti pada bila-bila masa dan dimana juga.
Peluang ini perlu digarap sepenuhnya pelajar untuk mengumpul info, share, tweat, like, dislike yang akan membantu mempercepatkan proses pembelajaran dan melakukan transformasi fantasi kepada realiti.
Pelajar akan dapat melihat kejelasan aspirasi dan menjadikan mereka lebih bermotivasi dan berdedikasi untuk berkerjaya.
Jauh lebih penting,melalui media sosial pelajar akan mula belajar untuk membina rangkaian dan prospek perniagaan mereka.
Bersedialah untuk menjadi Chef Digital bagi menyahut seruan Transformasi
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 ulasan:
Catat Ulasan