Bermula pada tahun ini dan pada tiap-tiap tahun yang mendatang, Ziq Bakery akan menaja kek untuk sambutan Hari Guru kepada salah sebuah sekolah di sekitar Kuala Terengganu. Ini adalah salah satu cara untuk mempromosikan produk ZIQ. Diharapkan, dengan adanya tajaan seperti ini, Ziq Bakery akan maju ke hadapan dengan peningkatan pelanggan yang akan berkunjung ke premis perniagaan kami.
Pada tahun ini, ZIQ BAKERY AND CAKE telah menaja kek seberat 15kg untuk sambutan Hari Guru pada tahun ini. Ziq Bakery sebulat suara telah memilih Sek. Keb. Gong Kapas untuk diberi tajaan kek. Kami memilih Sek. Keb. Gong Kapas kerana sekolah ini merupakan antara 7 sekolah rendah yang terbaik di seluruh Malaysia dan telah menjadi sekolah terbaik di Terengganu. Sambutan Hari Guru di sekolah ini disambut pada 17 Mei 2009 di mana seluruh sekolah di Terengganu juga menyambutnya hari ini.
Untuk memberi gambaran yang jelas tentang Hari Guru Sek. Keb. Gong Kapas, kami meng'upload' gambar-gambar dibawah. Diharapkan agar anda semua terhibur....
Wakil Ziq Bakery and Cake
"Cake Decor dan Executive Management"
Antara Kek yang ditaja oleh Ziq Bakery
- sebiji = 5kg -
"Cake Decor dan Executive Management"
Antara Kek yang ditaja oleh Ziq Bakery
- sebiji = 5kg -
Dari kiri: Penolong Kanan, Penolang Kanan Hem, Guru Besar, Eksekutif Pengurusan Ziq, Penghias Kek Ziq.
0 ulasan:
Catat Ulasan