GERAK USAHAWAN 2009 (14-16JAN2009)

Gerak Usahawan 2009 berlangsung selama 3 hari di Terengganu Trade Centre pada 14, 15 dan 16 Jan 2009 anjuran MeCD, MARA dan pelbagai institusi yang melibatkan usahawan. Ziq Bakery and Cake diberi kesempatan untuk membuka booth di sana. Sepanjang 3 hari di TTC, kami dapat mempromosikan lagi kedai kami kepada penduduk di Terengganu dan kami juga dapat menambah kenalan di kalangan usahawan yang lain. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu Dato' Noh bin Omar sempat melawat dan beramah mesra dengan pekerja di booth jualan kami. Kami juga telah menjadi penyedia kepada peralatan yang digunakan untuk pertandingan menghias kek anjuran MARA negeri Terengganu. Dato' Noh bin Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sempat memotong kek di booth jualan Ziq Bakery and Cake Pertandingan Menghias Kek yang dianjur oleh MARA negeri dan peralatan pertandingan disediakan oleh Ziq Bakery and Cake.


Gambar: Booth jualan Ziq Bakery and Cake di Gerak Usahawan 2009,
Pengunjung-pengunjung Gerak Usahawan sedang melihat Demonstrasi Kek
.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan: